Selamat menyambut Hari Kebangsaan!
Oleh kerana hari ini adalah hari ulangtahun kemerdekaan negara kita yang ke-51, saya memutuskan untuk menulis dalam bahasa kebangsaan kita, Bahasa Malaysia.
Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih buat semua pejuang kemerdekaan negara kita yang telah melepaskan negara kita dari penjajahan British. Kerana jasa merekalah, saya dan anda semua dapat menikmati kemakmuran dan kesejahteraan sebuah negara yang merdeka. Saya berdoa semoga pemimpin-pemimpin negara kita pada masa sekarang dan akan datang dapat mengekalkan kemerdekaan kita. Jangan biarkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan rakyat Malaysia. Semoga Malaysia akan kekal aman dan makmur. Amin...
Di bawah adalah antara pemandangan dari balkoni rumah saya tepat jam 12 tengah malam 31 Ogos 2008.