Pages

Monday, July 16, 2012

Prep for Ramadhan - Frozen Mini Sausage Rolls

Hello! So how was your weekend? Yesterday I managed to squeeze in some time to prepare these yummylicious Mini Sausage Rolls.

Fresh from the oven
First time buat sausage rolls ni masa my aunty buat parti durian kat rumah dia. Saja la bawak buah tangan kan. Buat the night before, so terpaksa la freezekan dulu. Turned out, walau dah masuk freezer before bakar and served the next day tu, they were still a huge hit. Hubby siap cakap macam kat kedai. Puas hati!

Sausage Rolls

Anyway, sempat bakar sikit untuk tetamu yang datang rumah and balance tu dapat 3 trays. Rezeki my bro and my bro in law dapat bawak balik sorang satu tray.

Resepi kali ni dapat from blog MamaFaMi. MamaFaMi ni roti-roti yang dia buat memang sangat menggiurkan. Yang paling best, setakat ni semua resepi yang dah pernah try semua jadi and sedappppp. Cuma kali ni MamaFaMi tak letak gambar macam mana nak buat. So kalau nak try, here are some pics to help you with. Tapi ni gambar masa first attempt hari tu guna sausage yang standard size. Untuk kali ni buat pakai frankfurter yang kecik-kecik je sebab masa yang besar tu sangat besar untuk Adam.


Adam and my breadmaker. Kalau nak uli sendiri pun boleh.

Kalau guna  sausage, divide the dough into 20 balls at 50g each. Kalau  guna frankfurter (2 packets) divide into 60 balls lebih kurang 17g each. 


Bila  balls tadi dah double it's size,  uli dengan tangan macam nak buat rantai guna playdough then  pintal je keliling sausage tu. Make sure selitkan sikit the ends tu kat bawah pintalan supaya tak terbuka masa dalam oven. Masa nak susun atas tray, make sure the ends tu kat bawah


Kalau nak freeze, susun satu-satu supaya tak melekat and masukkan dalam freezer lebih kurang 2-3 jam. Bila dah keras boleh transfer masuk tupperware supaya senang nak defrost kalau nak bakar sikit aje.


Another tip nak bagi sedap ialah guna Ayamas punya premium sausage/frankfurter ada blackpepper, mushroom and cheese filling. Yang biasa pun oke aje :)


Meleleh-leleh cheese kat dalam. Yummy!!!


P/s: Sambal bilis dah nak habes. Nampak gaya kena buat lagi lah before puasa start nanti.

1 comment:

Unknown said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, resepi dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)