Pages

Friday, July 13, 2012

Prep for Ramadhan - Sambal Bilis

My Sambal Bilis
Managed to cook this with my Sister in Law last night. It's so yummy my sis in law said it might not last till Ramadhan :)

Anyway, sambal ni sangat sangat sangat senang nak buat and I really recommend for you to spend a little bit of your time this weekend to make some. Kalau tak nak letak bilis pun takpe, buat sambal ksoong or with bawang aje then freeze in small packets. So, bila nak makan just panaskan pastu tambah aje ayam ke, udang ke sotong ke or goreng telur aje pun dah boleh makan dengan sedap. Sangat sesuai untuk sahur kan :)

So for those yang nak try, this is the recipe (tapi main agak2 je ni sebab most barang dah ada kat rumah so tak timbang pun) :

Bahan:
Bilis (dalam half kilo) goreng sampai rangup
Cili Kering - dalam half packet besar tu (kalau boleh after basuh tu, keringkan dulu and blend guna dry mill. Kitorang nak cepat semalam so guna blender and tambah air sikit-sikit asal boleh gerak)
Bawang Besar - 3 biji (hiris)
Bawang Merah - 10 biji (tumbuk)
Bawang Putih - 3 biji (tumbuk)
Asam keping - 1 keping
Garam dan Gula secukup rasa.

Cara:
1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai naik bau and bawang masak betul.
2. Masukkan cili, goreng sampai garing. Tambah minyak supaya cepat garing. Lebih tak apa bila dah masak boleh buang minyak tu. Boleh masukkan gula jugak nak bagi cepat masak.
3. Cili tu kalau boleh, goreng dengan api perlahan sampai betul-betul garing dan kering.
4. Tambah asam keping dan garam secukup rasa. Bilis kitorang masin so tak letak garam pun.
5. Tambah bawang besar dan goreng lagi sampai bawang besar layu.
6. Bila dah masak, tambah ikan bilis dan gaul. Siap!

Kalau makan masa siap terus tu, bilis masih rangup sangat sedap. So next time maybe bilis tu just gaul masa nak makan supaya rangup. Have fun trying!

No comments: