Pages

Saturday, December 12, 2009

tepid sponge

As new parents, one of the most common advice we receive is to tepid sponge your kid if the fever is too high. But what is tepid sponge?


Tepid means lukewarm. Maknanya air yang digunakan hendaklah suam-suam kuku. Bukannya terlalu panas atau terlalu sejuk. Senang cakap, suhu dia macam air suam yang kita minum. Sebab kalau air paip kadang-kadang mungkin terlalu sejuk atau di hari yang panas mungkin airnya agak panas. Menurut ehow.com, suhu yang sesuai adalah di antara 27 hingga 37 darjah celcius.


Sponge ni pulak tak semestinya sponge yang macam nie..


Sponge itu tidaklah perlu terlalu ceria kerana ia mungkin boleh menakutkan anak kita yang sedang demam itu. Jika di rumah anda cuma ada sponge yang digunakan untuk membasuh pinggan, jangan risau kerana kain turut boleh digunakan sebagai pengganti sponge. Mengikut pengalaman saya, face towel adalah kain yang paling sesuai kerana saiznya yang kecil dan air mudah meresap. Tapi kalau nak pakai towel mandi pun tak ada masalah cuma leceh sikitlah sebab nanti bila dah celup dalam air, basah dia akan spread ke seluruh towel dan mungkin akan membasahkan tilam anda.
Setelah anda sudah faham apa makna tepid sponge, marilah kita belajar cara-cara untuk tepid sponge.
  1. Mulakan dengan mengambil suhu badan anak anda sebelum proses ini dimulakan.
  2. Sediakan air suam (sila refer maksud tepid di atas) di dalam bekas yang kecil seperti gayung, besen atau mangkuk. Air ni tak perlu banyak sangat nanti senang tumpah. Agak-agak dalam 1/3 bekas cukuplah.
  3. Sediakan sponge atau towel seperti yang telah diterangkan di atas.
  4. Buka baju anak anda. Kalau tinggal pampers sahaja pun tak apa kerana ia akan mempermudahkan lagi kerja anda.
  5. Celupkan sponge/kain di (3) ke dalam air di (2). Perahkan air berlebihan supaya air tak menitik dari sponge/kain anda dan seterusnya membasahkan tilam anda.
  6. Lapkan kain yang basah itu ke seluruh badan anak anda. Tak tau dari mana nak dimulakan? Mana-mana pun boleh. Yang penting area yang selalu panas seperti dahi, ketiak dan groin area. Lakukan selama 20 hingga 30 minit dan ulang jika perlu. Kalau selepas 10 minit suhu badan anak anda sudah turun, terpulang kepada anda samada hendak meneruskan atau tidak.
  7. Bolehlah diteruskan proses mengelap di seluruh badan termasuk your child's back and buttock. Masa yang diperlukan adalah di antara 5 hingga 10 minit. Oh, perlu diingatkan, selalunya proses ini tidak melibatkan bahagian perut dan dada. Takut nanti kena pneumonia pulak. (Er, boleh ke? Ni my mom cakap :p)
  8. Seterusnya, pakaikan anak anda dengan pakaian yang nipis dan tidak panas seperti singlet. Seluar adalah optional. Selalunya saya cuma pakaikan rompers yang sleeveless untuk anak saya. Menurut ibu saya, dada anak haruslah ditutup supaya tidak mengundang sakit lain seperti batuk dan selsema pula.
  9. Jangan lupa ambil suhu badan anak anda. Sekiranya suhu semakin tinggi disebalik usaha anda, sila bawa anak anda ke hospital dengan segera!
Mungkin ada yang bertanya pada suhu berapakah tepid sponge ini boleh dilakukan? Kalau sayalah, ini saya, bukan nasihat doktor ye, apabila suhu badan anak saya mencecah 38 darjah celcius, saya akan memulakan proses ini. Sekiranya suhu badannya tidak turun dan terus naik, saya menyerahkan kepada mereka yang pakar dengan menghantar anak saya ke hospital.
Mungkin ada pula yang bertanya pada suhu berapakah patut dihantar anak ke hospital? Pada saya, jika setelah ditepid sponge suhu anak anda tidak menurun, silalah bertindak dengan segera. Contohnya, anda mulakan tepid sponge pada suhu 40.4 darjah celcius setelah memberi rectal suppositaries dan setelah itu suhu badannya semakin menurun maka mungkin tidak perlu ke hospital. Tetapi jika anda tidak mempunyai ubat di rumah, saya selalunya membawa anak saya ke hospital apabila suhunya mencecah 39 darjah celcius.
Harap maklum, saya bukanlah seorang pakar perubatan. Juga bukan bidan, bomoh atau dukun. Kesemua yang saya tulis di atas hanyalah menurut pengalaman dan juga sedikit bacaan saya. Yang penting, ikutlah gerak hati anda. Kalau 37 darjah celcius nak bawak pergi e&e terus pun tak ada masalah. Sebab kadang-kadang as parents, kita akan lebih tahu mengenai anak kita.
Sekian pelajaran kita untuk hari ini. Terima kasih.

*Tips Tambahan*
Cool room and kain tu tekap lama-lama sampai kain tu warm.. owh, perut dan dada pun boleh! ada-ada saje petua ibu saya :) thanks Marliza!

9 comments:

Wa@Wawek@Siti ;) said...

hehehe..boleh plak aku bace sampai abes your entry nih...kawen pun blom..haha! anyways, a new knowledge is never a waste! cheers!

Gee Harun said...

Thts cool, thks sharing.

Salam from Riyadh
http://nagee6977.fotopages.com

mommy kam said...

Waweq, xpe aku rasa it applies to adult jugak.. Kalau demam wash badan bagi turun temparature..

Fauziah, glad to have u here ;p

Anonymous said...

Kam, good sharing!

Aku pon buat benda yg sama before but cara tak berapa teratur la. Then, adik ipar aku kan nurse dia yg ajar cara betul. :D Glad that I got to know this early.

mommy kam said...

nette, betulo x cara aku ni? heheheh.. kang aku kena sue plak bagi ajaran sesat :p

annie said...

ahahaha...pandainye kakak saye!!!adam demam lagi tak??ade ngigau2 panggil annie tak?hehehe tu la sape suh tak ikut tk gi jakarta.buleh pos datang malang =p

btw, ni la yg saye kate compress2 sblm nih tuh...tepid sponge ek?nanti annie beli sponge bob utk adam =D

mommy kam said...

adam da baek demam dah.. tapi masih kurang selera makan..

owh.. compress nie ke.. cakapla lap dengan kain/sponge kan senang paham.. hehehehehe..

Anonymous said...

kam, betul lah cara2 tu ;) tak sesat punya haha~

zombiedaddy said...

Good advice. Bapak-bapak pun kena tau benda ni. Sebab tu thermometer tu tersangatlah pentingnya. But our thermometer has recently died due to kena transform jadi hammer by my twin daughters.