Pages

Tuesday, April 26, 2011

Asam Pedas Melaka

Actually recipe ni dapat from my sister in law, anak jati Terengganu. Tapi dia dapat from her sister yg pernah kerja kat Melaka bertahun-tahun and sekarang ada kedai Asam Pedas Melaka somewhere in Cheras. And bila guna resipi ni jugakla first time my hubby (org Melaka) cakap jadi! Kalau tak mesti ada je x cukup masamla x cukup pedasla walaupun pada tekak orang Terengganu ni dah rasa hebat giler..  Ok so here is the recipe..


Bahan-bahan
1 biji bawang besar, ditumbuk
3 ulas bawang putih, ditumbuk
6 sudu besar cili boh (saya guna cili kering yang dah direbus n blend)
1 cm kunyit hidup, ditumbuk (saya guna 1 sudu kecil serbuk kunyit)
1 cawan air asam jawa (asam jawa lebih kurang besar bola ping pong)
2 keping daun limau purut, dikoyak
Bendi
Garam
Ikan Tenggiri/merah

Cara-cara

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih
  2.  Tambah cili boh, kunyit hidup dan belacan. Teruskan tumis sehingga naik bau.
  3.  Tambah daun limau purut.
  4. Selepas naik bau dan pecah minyak, tambah air asam jawa.
  5. Biar lama sikit dan rasa dulu baru masukkan ikan.
  6.  Tambah terung atau bendi.
  7.  Tambah garam secukup rasa.
  8.  Kalau perlu tambah air, tambah dengan sedikit asam jawa.
  9.  Biar sehingga kuah pekat dan ikan masak
Adik ipar saya cakap, trick dia, jangan tambah air banyak sebab asam pedas melaka selalunya pekat so air asam jawa tu dah cukup. Lagi satu, cili tu kena tumis lama, biar betul-betul masak macam nak buat sambal. Ok selamat mencuba!

4 comments:

rawsktar said...

thank u Kam!!

mommy kam said...

welkam anis!

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)

http://www.zuwairiaiman.com

MamaFaMi said...

Finally, dah dapat approval from your dear hubby ye. Well done!