Pages

Tuesday, January 18, 2011

Siri Mari Memasak: Sambal sotong (lada hidup)

Hari ni balik keje awal dari semalam.. and satu stress kat ofis dah selesai so pulang dengan hati yang tenang and berkobar nak masak.. tapi lauk dalam peti tinggal ayam, sotong, paru n ikan je.. nak masak ayam, boring... nak masak paru, malas.. ikan pun macam tatau nak masak lauk apa.. so decided to masak sotong..

Tapi dah sangat boring sambal sotong yang biasa (yang kaler gelap macam sambal nasi lemak)... sebab rasa dah tere pun.. hehehehe.. so called my mom tanya macam mana masak sotong dengan asam tu tapi nak pedas.. so dia bagitau suruh guna lada hidup n cili api.. so gamble ah.. try je.. ni resepi yang ditry tadi..

Bahan-bahan:
10-12 ekor medium sized sotong
3 biji Cili hidup (tumbuk sampai lumat)
8 biji Cili padi merah (tumbuk sampai lumat)
2 batang serai (diketuk)
1 sudu besar asam jawa (campur sedikit air)
1 sudu besar belacan
1 biji bawang besar (hiris kasar)
3 sudu besar bawang merah yang dah blend (sbb kat rumah mmg bawang merah semua dah blend)
6 keping daun limau
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil garam (secukup rasalah)

Cara-cara:
1. Tumis bawang besar sampai dah half cooked
2. Masukkan bawang merah yang dah blend (sbb bawang merah blend masak lagi cepat dr bawang besar yang dihiris)
3. Masukkan semua cili yang ditumbuk tadi dan tumis sehingga bertukar warna (x lama sangat bukan macam cili kering)
4. Masukkan gula
5. Gaulkan belacan dengan air asam jawa dan masukkan ke dalam kuali
6. Bila dah sebati, masukkan sotong dan serai. Masak sehingga air sotong keluar dan lepas tu dia kering balik.
7. Masukkan garam
6. Masukkan daun limau yang dicarik-carik. Biar sampai sambal agak-agak dah hampir kering. Siap :)

dah habis makan baru teringat nak amik gambar.. 

Actually tadi tengah masak tu tetiba datang idea masuk serai and daun limau tu. Bagi jadi wangi sket. And hasilnya? Apabila dimakan dengan nasi panas, sayur bayam goreng dengan sos tiram dan ikan keli goreng kunyit, my hubby cakap bess :) Bertambah-tambah dia makan.. My cousin yang ada sekali pun makan bertambah.. Maka hati pun gembira sebab tengok hasil usaha masak dengan kasih sayang dihargai :)

2 comments:

The Dreamer said...

LIKE!..

mommy kam said...

Jangan like dulu muna.. Cuba dulu baru boleh like :)