Pages

Thursday, February 10, 2011

Nasi Ayam oh Nasi Ayam

Masa balik dari Kijal last weekend, kitorang singgah rumah my aunty. As it was almost dinner time, my darling aunty invited us for dinner. Her maid dah takde so I offered to help and at the same time belajar macam mana nak buat nasi ayam coz according to her, kalau nak cepat, dia akan masak nasi ayam.

But masa nak masak nasi ayam semalam, terlupa a few steps and bila try call aunty tak angkat lah pulak.. So I called my mom and asked how she makes her Nasi Ayam. Jadinya semalam kitorang dinner nasi ayam version campur-campur. After letak gambar kat FB ada plak yang nak tau resepi. Diorang ni dah tere memasak sebenarnya maybe just nak tengok sama ke tak dengan diorang kut.. Bagus jugak diorang ni dah tere sebab I don't know the exact ingredient amount so ni adalah resepi untuk mereka yang dah biasa di dapur sahaja ye :) (Masa mula2 masak dulu sangat tak suka resepi macam ni and semua yang ada ayat secukup rasa)

Nasi Ayam simple


Bahan-bahan
Halia
Bawang Putih
Chicken stock
Kicap Manis
Kicap Masin
Kunyit
Beras
Butter
Olive Oil (takde pun takpe)
Daun pandan
Cuka/Limau kasturi
Roman Lettuce Salad
Tomato
Telur rebus (takde pun takpe)
Garam
Gula

Cara-cara (mengikut sequence masa masak semalam)

  1. Rebus ayam dengan bawang putih dan halia. Pastikan air cukup untuk masak nasi dan buat sup.
  2. Bila dah menggelegak and ayam dah masak, keluarkan ayam.
  3. Larutkan kunyit dengan kicap masin dan kicap manis. Kicap tu sikit dulu takpe nanti boleh tambah.
  4. Perap ayam dengan #3. Tambahlah kicap secukup rasa. Kicap manis letak banyak sedap ayam jadi hitam dan lemak manis.
  5. Panaskan kuali dan cairkan butter. Kalau ada olive oil boleh masukkan sikit supaya butter tu tak hangit. Tumis bawang putih dan halia sampai garing.
  6. Masukkan beras yang sudah dibasuh ke dalam tumisan #5 dan goreng beras sehingga kering sikit dan butter tadi dah sebati (eh ke rata? maknanye dah evenlah mix tu)
  7. Masukkan beras ke dalam rice cooker, masukkan sedikit garam (dalam 1 tsp). My aunty kata lebih pun tak apa sedap nasi tu masin-masin sikit.
  8. Masukkan air rebusan ayam tadi sebanyak yang diperlukan ke dalam rice cooker. Pastikan ada lebihan untuk buat sup. Masukkan sehelai daun pandan dan boleh mula masak nasi.
  9. Potong salad dan tomato dan susun ke dalam pinggan. My mom suka letak telur rebus yang dipotong nipis-nipis kat atas salad tu.
  10. Tumbuk/blend cili hidup dengan sedikit gula, garam, air rebusan ayam, cuka/limau secukup rasa. Kalau x cukup pedas boleh tambah cili padi sikit.
  11. Kepada yang suka makan nasi ayam dengan halia, bolehlah tumbuk/blend sedikit halia.
  12. Air rebusan ayam tadi bolehlah diletak di atas dapur semula untuk buat sup. Masukkan garam, chicken stock, bawang putih dan halia secukup rasa. Kalau nak sup ni wangi, boleh juga tumis dulu bawang putih dan halia sikit kemudian tuang air rebusan ayam tadi sebelum tambah bahan-bahan perasa.
  13. Panaskan minyak, dan goreng ayam yang diperap tadi. Pastikan minyak betul-betul panas supaya ayam jadi garing. Tak perlu goreng lama sebab ayam dah masak. 
Sedia untuk dihidangkan kepada keluarga tersayang :)


It took me an hour to prepare this last night. So, masak nasi ayam ni cepatlah eh? Tapi kenapa masa bujang dulu pernah masak nasi ayam dengan housmates start masak dari tengah hari dah nak buka puasa baru siap semua... Nampak sangat masa tu sangat tak ada skill multi task masa memasak langsung :)

8 comments:

Ayinz said...

measurement air berapa banyak ya? ke ikut macam masak nasik biasa...(this part yang i selalu fail ni)..selalu nasik jadi benyek

p/s: ni a.anna nye recipe ke?

mommy kam said...

sama macam masak nasi biasa je.. resepi campo2 aunty anna n ibu ya.. lebih kurang je resepi diorang sebenarnye..

Anonymous said...

*** kam..takde la beza sgt..masak nasik aku suka tumis ngan bawang kecik,halia,bwg putih,bunga lawang n kulit kayu manis..halia yg ketuk2 pun ada,pastu aku add kiub ayam,kalau rajin taruk skali ayam yg kecik,pastu chicken stok ,daun pandan n garam..kalau nak bagi nasik tu kuning suma taruk serbuk kunyit..kalau nak nak sket2 je.masa nk dekat masak tu taruk pewarna kuning sket

ayam plak

aku rebus ngan garam je..ikut suka kalau nak taruk bawang..pastu tos ayam,,taruk kicap manis.,masin pun bole,madu pastu taruk serbuk lada hitam..** nak taruk biji ketumbar n jintan yg ditumbuk pun ok..then perap sekejap then grg..pas grg tu aku suka ketuk2 style mcm kt kedai tu..biasa aku grg ayam tu half then masa dh masak tu potong ala2 kt kedai tu

cili tu sama..tp aku nampak ko nyer mcm pekat..mcm guna cili kering.

* ni nasik ayam yg slalu aku buat..sup tu ikut suka..tgh carik nasik ayam hainan ni..tak beza kan..hehe

mommy kam said...

mazia, kau punya resepi banyak rempah ratus.. mesti sedap tapi aku sangat tak reti guna segala rempah ratus ni... sbb tu sampai skarang x pandai masak kari..

cili tu nampak gelap sebab aku xde cili api merah.. so aku belasah cili padi kaler hijau :)

nasi ayam hainan yang ayam putih tu ke? aku ada resepi dia dlm buku resepi aku dia taruk sesame oil kat ayam yang dah rebus.. nanti aku cuba bebila kalau jadi aku cakap k.. fab aku ayam yg putih tu tapi husband aku x suka..

cdalan said...

bravo!!! kalau aku, ayam tu aku suka bakar. sbb nanti kulit dia nampak kilat2..

n masa marinate tu, aku selalu over2 letak kicap ke, madu ke, halia ke, n aha! boleh letak ngan gula sket, kasik dia manis sket (if pakai kicap masin la).

nasi tu, letak air rebusan tu je pon dah cukup sebenanye (if takde aparatus rempah ratus) tapi letak la bawang india sket (menambah perasa). bak kata mazia, letak ayam kecik2 pon ok. aku tak penah try guna stok ayam.

lepas ni menu ape pulak? bring it on!!

mommy kam said...

bakar cane cda? explain lebih sket..

honey menarik sure dia mcm kilat2 n garing kan...

stok ayam tu sama mcm chicken cube je bagi tambah rasa.. aku buat sendiri je..

menu lain? hahahah! dah jadi blog memasak pulak blog aku ni :)

ninie S said...

dulu mane ade bibik,aku la masak,aku la basuh pinggan,aku la kemas dapur,aku la sapu sampah..sudip ade satu je,. pinggan ade 3 pastu itu la mangkuk marinate,itu la mangkuk sup...mmg la separuh hari:p

mommy kam said...

kau buat semua ke ninie? aku bukan tolong2 jugak ke? ahhahahah! aku x ingat pun apa yg berlaku.. yang aku ingat time nak buka puasa tu kita terkial-kial lagi.. :)