Pages

Monday, February 28, 2011

Bawang Goreng dan Gula

Ni entry nak lepas perasaan. Negative energy. Don't say I did not warn you :)

Last weekend I stayed at home most of the weekend. Keluar petang Sabtu and malam Ahad saja. Biasalah, bila lama dekat rumah, banyak lah encounter dengan bibik. Bila dah banyak berjumpa, mesti adaaaaa je yang jadi.

Sabtu malam tu, after dah kenyang makan nasi ayam, and nak kemas-kemas sikit, perasan yang kat dalam peti sejuk tu ada semut. Eh, macam mana ada semut? Penuh semut dekat botol ubat demam Adam. Hmmm, buang ajelah sebab dah lama pun ubat tu. Pastu mula la belek-belek lagi barang dalam peti ais. Sekali, bila tengok belakang getahpintu fridge tu, penuh semut! So, bermulalah sesi audit peti sejuk. Masa tu dah perasan banyak barang dah tak sejuk. Telur berpelu-peluh. Menandakan perubahan suhu dalam peti tu. So, alih-alihkan barang and nampak lubang yang sepatutnya angin sejuk tu keluar macam dah di blok oleh barang-barang yang tak perlu! Barang-barang yang dah entah berapa kali dah cakap bibik tak perlu simpan dalam firdge. Contoh? Spagheti sauce yang x bukak pun lagi lid dia and botol bawang goreng! Botol tu dahla besar, isi sikit je. Dah geram dah sambil keluarkan barang sambil membebel. Masalahnya ni bukan kali pertama tegur pasal barang dalam peti sejuk. Dah banyak kali dah re-arrange kan barang2 dalam peti tu ikut category. Degil jugak. Main campak suka hati dia aje.

Tengah malam tu, turun bawah sebab rasa nak buat pavlova. Bila buka peti, rasa botol fresh milk, tak sejuk. Rasa botol jam, tak sejuk. Hati dah gundah gelana. Terus tak jadi buat pavlova dan naik atas bawak fresh milk untuk dihabiskan in case peti sejuk rosak.

Kalau peti sejuk rosak, dah barang ke berapa dah rosak sejak bibik kerja dengan kitorang. Dahlah siang tu baru beli rice cooker and iron baru untuk ganti yang dah rosak. Otak mula buat kira-kira. Barang yang dah rosak:
1. Rice cooker - Anggaran RM250-RM350 so katalah RM300.
2. Iron - RM120
3. Electric kettle - RM40
4. Washing machine - RM600 (ok, yang ni dah lama tapi still nak kira).
so, total dah dekat RM1K. Kalau fridge rosak, tambah lagi RM3k. Orang kaya pun boleh jatuh miskin macam ni.

Nasib baik bila bangun pagi, peti dah sejuk balik so hati dah kembali sejuk. Tapi malam Ahad, bila balik from Giant, nak masukkan ice-cream dekat freezer, guess what I found deeeep inside the freezer drawer. Bawang goreng! Geramnya masa tu tak terkata. Rasa nak campak je botol bawang goreng tu biar pecah. Tapi sabarkan diri. Geram sebab rasa ada usaha to outsmart me di situ. Dah kata jangan masuk dalam fridge dia masukkan dalam freezer. Urggghhh!!!

Tapi beberapa minit lepas tu, bila tanya dia eh, mana granulated sugar? (Biasanya ada dalam tuppaware sekali dengan brown sugar) Dia jawab, oh saya sudah campur dalam bekas itu (bekas yang ada casto sugar). Hati dah mendidih tapi masih boleh cakap elok-elok cuma suara lebih tegas.
"Laaaaa, kenapa kamu campur. Kan jenis lain sebab tu saya asingkan bekas lain-lain"
"Samalaa puan! Saya yang gunting plastiknya"
"Tak sama, saya yang beli, saya tahulah"
"Samaaaaa, Puan mana liat (lihat)! Saya yang gunting plastiknya. Samaaa"
"TAK SAMALAH!" masa tu dah tak tahan. Habis semua principle Dale Carnegie buang ke laut. Geram tau tak!!!!!!!!!

Memanglah gula tu sama asasnya. Kalau guna 1 teaspoon memanglah tak rasa sangat bezanya. Tapi kalau pakai 4 CUPS?! Mestilah jadi tawar or lebih manis kalau pakai gula yang salah! Even kalau tengok saiz dia though sekali pandang macam sama, boleh nampak beza dia. Bila tunjuk kat bibik suruh tengok, dia dah tak nak tengok dah.

Bukanlah masalah gula atau bawang sangat sebenarnya. Masalahnya ialah nak tunjuk pandai and tak mengaku salah! Apa salahnya, kalau dia cakap, oh, lain ke? Sorry ye. Itu aje!

Ramai yang cakap kalau dah asyik sakit hati kenapa simpan lagi? Hmmmm, dia ok dengan Adam. My friends ada yang dapat worse maid. Nak hantar nursery tak sanggup. And, kalau amik yang baru pun, entah2 lagi teruk dari ni. Yang ni at least lepas ni hopefully dah tak perlu bagitau jangan campurkan gula dalam satu bekas. Hopefully lah kan. Aduhaiiii...  Serba salah. Adakah ini masa yang sesuai untuk guna peribahasa Diluah mati emak, diludah mati bapak? Sekian pengaduan di hari Isnin.

1 comment:

Mummy Shiqin said...

Huish.. Dpt laporan penuh akhirnye.. Hubby u buat gempak ngan headline je semlm..

But I agree with u on the last part, bottomline is dia ok ngan adam. Yg lain tu u kena discount skit. There's no perfect maid. Mcm I, I wish I turn back time & sabar with my old maid. All maid yg I dpt after her are all worst than her.